Monday, June 13, 2011

[PS]Multiplicity "Gabung foto untuk menghasilkan kesan cloning "

Multiplicity adalah kombinasi teknik fotografi dan komputer di mana beberapa foto digabungkan untuk menghasilkan kesan cloning (terutamanya kepada subjek orang).

HASIL:

Attached Image: hasil.jpg

Aha. Inilah contoh hasil teknik multiplicity. Tak susah sebenarnya. Mari kita tengok bagaimana cara membuatnya.

AMBIL GAMBAR:

Attached Image: 01.jpg


  • Sediakan kamera untuk ambil gambar. Kamera apa-apa jenis pun boleh. Tak semestinya DSLR yang mahal itu. Compact digital camera pun ok. Untuk pengetahuan, foto-foto untuk tutorial ini diambil menggunakan compact camera.
  • Penting: kamera mestilah diletakkan secara pegun (tidak bergerak). Kalau ada tripod, sila gunakan. Kalau tiada, boleh letak atas tempat yang tegap seperti meja dan pegunkan kamera dengan tangan untuk kesemua shots.
  • Pilih satu scene. Kemudian, ambil gambar scene tersebut tanpa ada orang (kosong).
  • Seterusnya, arahkan 'pelakon' anda untuk posing untuk beberapa gambar.
  • Tips: jika hendak mengambil gambar sendiri, gunakan timer (atau shutter release unit).
  • Untuk tutorial ini, saya shoot lima gambar (seperti di atas).
  • Langkah seterusnya, kita akan proses gambar-gambar tersebut di dalam Photoshop.
  • *Dapatkan fail gambar-gambar daripada fail zip yang disertakan dengan tutorial ini.


LANGKAH 1:

Attached Image: 02.jpg

  • Buka gambar yang pertama (scene kosong, tanpa model). Ini akan menjadi 'base'.
  • Kemudian, buka pula gambar yang kedua. Select All dan Copy.
  • Pastekan ke dalam fail gambar yang pertama tadi.


LANGKAH 2:

Attached Image: 03.gif

  • Sekarang, kita akan select gambar model (orang) pada Layer 1. Gunakan selection tool yang anda selesa menggunakannya. Saya boleh cadangkan anda menggunakan Polygonal Lasso Tool atau Magnetic Lasso Tool atau Quick Selection Tool. Saya guna Quick Selection Tool.
  • Buat selection dengan teliti.
  • Applykan feather - radius 1. Klik menu Select > Modify > Feather.
  • Kemudian, applykan Layer Mask kepada selection tadi. Klik ikon 'add layer mask' di bahagian bawah panel layer.


SETERUSNYA:

  • Ulang Langkah 1 dan 2 untuk kesemua baki gambar.
  • Select dan mask!
  • Itu sahaja...mudah.


HASIL:

Attached Image: hasil.jpg

Selamat mencuba!

0 comments: