Monday, June 13, 2011

[PS]bokeh lens

Jom kita buat "bokeh" tipu menggunakan Photoshop. Bokeh adalah kesan blur pada foto akibat DOF-Aperture Setting di dalam kamera slr. Kepada siapa yang tak tahu maksud bokeh, sila semak contoh foto yang ada bokeh di google.com.

FOTO ASAL:

Attached Image: asal.jpg


  • Foto ini saya "pinjam" daripada internet untuk tujuan pembelajaran di sini.


HASIL:

Attached Image: hasil.jpg

LANGKAH 1:

  • Buka foto pilihan di dalam Photoshop.
  • Kemudian, duplicate layer Background. Tekan Ctrl + J.


LANGKAH 2:

Attached Image: 02.jpg

  • Gunakan mana-mana selection tool untuk membuat selection pada subjek di dalam foto (sekiranya ada).
  • Untuk contoh ini, saya hanya gunakan Quick Selection Tool.


LANGKAH 3:

Attached Image: 03.jpg

  • Pastikan layer yang aktif adalah layer Background copy (atau, layer yang baru diduplicate tadi).
  • Sekarang, klik menu Layer > Layer Mask > Hide Selection.
  • Dengan melakukan ini, kita akan dapat satu masking. Lihat thumbnail mask di layer Background copy.


LANGKAH 4:

Attached Image: 04.jpg

  • Pada panel layer, pastikan anda klik thumbnail gambar untuk aktifkan imej asal. Sebab selepas buat masking, thumbnail yang aktif adalah layer mask.


LANGKAH 5:

Attached Image: 05.jpg

  • Seterusnya, klik pula menu Filter > Blur > Lens Blur.
  • Ada beberapa perkara penting yang perlu disetkan untuk mendapatkan efek bokeh:
    • Depth Map Source: Layer Mask
    • Radius: Setkan bulatan bokeh ikut logik
    • Highlights: Apabila kita turunkan nilai threshold, bokeh akan jadi overexposed. Jadi, turunkan nilai highlights untuk sesuaikan.
    • Threshold: Maximum adalah 255. Turunkan sedikit sahaja untuk dapatkan cahaya bokeh yg sesuai.
  • Selesai setting, klik OK.


LANGKAH 6:

Attached Image: 06.jpg

  • Setakat ini, blur pada foto agak tak real sebab sampai bawah kereta pun jadi blur.
  • Saya akan buang blur di bahagian depan gambar dengan menggunakan gradient hitam-transparent.
  • Klik pada ikon thumbnail layer mask.
  • Setkan warna foreground di toolbar kepada hitam. Tekan huruf D dan kemudian huruf X.
  • Pilih Gradient Tool: Foreground to Transparent, Linear Gradient.


LANGKAH 7:

Attached Image: 07.jpg

  • Dengan menggunakan Gradient Tool yang dah diset tadi, klik dan drag dari bahagian bawah foto sehingga bahagian yang ingin dibuang blurnya.
  • Kalau tak jadi, undo (Ctrl + Z) dan buat semula.


HASIL:

Attached Image: hasil.jpg

Itu sahaja. Selamat mencuba!

0 comments: