Wednesday, June 22, 2011
Jozan, Nabil pilihan Maharaja Lawak

SIAPAKAH antara mereka bakal dinobatkan peserta paling kelakar di negara ini, sekali gus meraih wang tunai sebanyak RM300,000 sebagai ganjaran dalam program akhir Maharaja Lawak, malam esok.
Segala debaran terus memuncak apabila peserta akhir yang bertanding bukan terdiri daripada calang-calang pelawak, antara mereka pernah diangkat sebagai juara menerusi program Raja Lawak sejak 2007. Selain itu, ada peserta ini juga sudah terbabit di dalam beberapa produksi drama dan filem.Daripada 12 peserta yang terpilih di peringkat awal, tiga kumpulan dan satu solo berjaya meneruskan cabaran di peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 10 malam. Siaran langsung boleh disaksikan menerusi saluran Astro Warna (132).
Mereka terdiri daripada tiga kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Sepah, manakala peserta solo terdiri daripada Nabil. Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan adalah peserta Raja Lawak musim pertama dan hanya menduduki tempat kedua dan ketiga.
Namun populariti mereka terserlah selepas dipertanggungjawabkan mengendalikan program itu untuk musim kedua hingga kelima.
Jambu yang terdiri daripada Yus adalah juara Raja Lawak musim pertama dan Tokey juga adalah finalis musim itu.
Trio yang menggelarkan diri mereka Sepah dan dianggotai Jap, Mamat dan Shuib dinobatkan juara Raja Lawak musim ketiga, manakala peserta solo, Nabil juara musim kedua.
Secara tidak langsung, program Maharaja lawak menghimpunkan juara bagi mencari siapa terhebat untuk dinobatkan sebagai Maharaja di kelompok komedi tanah air.
Sehingga minggu ke-12, Jozan masih lagi berada di kedudukan teratas, namun tidak bermakna kedudukan itu boleh kekal hingga ke peringkat akhir.
Banyak yang mengandaikan populariti Jozan yang sebelum ini pernah menjadi pengacara program Raja Lawak empat tahun berturut-turut menjadi faktor utama mereka disukai pengundi, sekali gus menjadi peminat mereka. Tidak terkecuali juga keserasian mereka yang mengendalikan program itu turut diiktiraf di dalam penganugerahan antarabangsa sebagai program realiti terbaik yang berlangsung di Singapura tahun lalu.
Namun jangan sesekali memandang ringan terhadap keupayaan kumpulan Jambu, mereka antara kumpulan yang konsisten sejak minggu pertama lagi. Walaupun pernah tersingkir pada minggu lalu bersama kumpulan R2, namun berjaya meraih simpati juri untuk menggunakan satu-satunya imuniti membawa mereka masuk kembali.
Walaupun komedi yang disampaikan agak ringan, namun penggunaan gerakan tubuh serta mimik muka mereka menambat hati penonton yang menganggap mereka adalah pelawak yang comel.
Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik, namun pengajaran yang berguna juga adalah kumpulan yang paling konsisten sejak menyertai Maharaja Lawak.
Setiap minggu mereka tidak pernah mengecewakan kesemua juri malah pujian demi pujian turut diberikan. Walaupun mereka sering menduduki tangga ketiga teratas setiap minggu, namun masih lagi gagal meraih undian daripada pengundi.
Jika kesemua peserta bernasib baik kerana mempunyai gandingan, namun satu-satunya peserta solo, Nabil juga tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Ada saja idea dan perkara baru yang cuba dipentaskan pada persembahannya setiap minggu.
Sebagai artis pelawak kedua yang pernah menggenggam trofi Artis Paling Popular 2009 di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Nabil mempunyai kekuatan yang luar biasa di saat-saat akhir.
Maharaja Lawak adalah rentetan daripada program Raja Lawak yang mula disiarkan sejak 2007, peserta yang bertanding di dalam Maharaja Lawak terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang pelawak kerana antara mereka pernah dinobat sebagai juara Raja Lawak mengikut musim.
Disebabkan program ini menghimpunkan mereka yang terbaik, justeru Maharaja Lawak hanya boleh diterbitkan untuk lima tahun sekali. Namun segala-galanya bakal berubah apabila dikhabarkan kesinambungan program ini, Mahaguru bakal diterbitkan dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
2011
(33)
-
June(33)
- Cara hendak Hack Yang Paling Mudah Sekali
- Trojan Di Mac OS
- Jepun Negara Komputer Tercepat Di Dunia
- Cara Mengira Resolution
- RM 1.8 Juta Untuk Laman Facebook ?
- Orang paling tua meninggal
- Jozan, Nabil pilihan Maharaja Lawak
- Kekasih maya Afrika perdaya wanita RM3,200
- Identiti penggodam didedahkan
- Tuneup Utillities 2011 Keygen
- Zoner Photo Studio v13.0.1.7 x86-x64 Silent Installs
- Kumpulan Pengodam Ingin Menyerang Halaman Portal K...
- Dragonball Browser v1.0.0 - Browser For Hackers
- efek gambar lama
- [PS]Tona Warna Yang Mudah
- [PS]Multiplicity "Gabung foto untuk menghasilkan k...
- [PS]bokeh lens
- Tutorial Photoshop
- [PS]Membalas kepada Hdr Toning
- [PS]cara lincinkan muka
- Lock Folder Tanpa Mengunakan Software
- 200GB BEST PC GAMES | MEDIAFIRE
- Nikon Capture NX2
- Klik dan dapat duit
- Artisteer 3.0 untuk para blogger
- CARA DOWNLOAD DI TONTON.COM
- Jom main game Angry Birds di Web Browser
- Mengenal Pasti Asal Usul URL Pendek
- Folder Background
- Lock desktop mengunakan software
- Cara hendak tukar theme melalui TuneUp Utilities
- Mengaktifkan GodMode Pada Windows 7
- Membuat Shortcut untuk Mengunci Komputer Anda
Blog Archive
-
▼
2011
(33)
-
▼
June

0 comments:
Post a Comment