Sunday, June 12, 2011

[PS]cara lincinkan muka

Gunakan Photoshop untuk melicinkan kulit muka seseorang di dalam foto. Teknik ini menggunakan Filter: Blur dan High Pass.



Kita akan cuba licinkan muka Orland Bloom. Lihat perbezaan sebelum dan selepas di atas. Jom buat!

LANGKAH 1:



  • Buka foto orlando.jpg di dalam photoshop (dapatkan daripada fail zip di bahagian bawah tutorial ini).
  • Kemudian, aktifkan Quick Mask (tekan ikon di bahagian bawah toolbar, atau tekan key 'Q').
  • Dengan menggunakan Brush, beruskan di atas bahagian muka yang kita nak licinkan (lihat imej di atas).
  • *Gunakan Eraser untuk memadamkan bahagian yang terlebih selepas menggunakan berus tadi, sekiranya perlu.


LANGKAH 2:



  • Selepas selesai menggunakan Brush tadi, klik semula pada ikon Quick Mask di bahagian bawah toolbar, atau tekan key 'Q' pada keyboard. Satu selection akan aktif.
  • Kita perlu inversekan selection tersebut, tekan Ctrl+Shift+I atau klik Select > Inverse.
  • Kemudian, tekan Ctrl+J untuk copy and paste selection di layer yang baru (Layer 1).


LANGKAH 3:



  • Sekarang kita akan applykan Gaussian Blur kepada Layer 1. Klik Filter > Blur > Gaussian Blur.
  • Nilai radius adalah terpulang kepada berapa 'licin' yang anda mahukan. Untuk tutorial ini saya setkan kepada 3-5 pixels atau kurang.
  • Kemudian, kurangkan opacity layer kepada 70%-80%.


LANGKAH 4:



  • Copy layer Background - Klik kanan > Duplicate Layer.
  • Susunkan layer 'Background copy' di atas Layer 1 - Drag dan drop.
  • Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Linear Light.


LANGKAH 5:



  • Klik Filter > Other > High Pass (setkan nilai radius di antara 0.1 - 0.5 pixels).


HASIL:



Tambahan:

  • Copy merged: Ctrl+Shift+Alt+E
  • Sharpen: Klik Filter > Sharpen > Smart Sharpen
  • Level: Klik Image > Adjustments > Level


Selamat mencuba!

0 comments: