Thursday, June 30, 2011

Cara hendak Hack Yang Paling Mudah Sekali

Assalamulaikum.Dah lama tak update blog.So hari ini Ace update sikit-2.Hari ini Ace nak ajar sikit pasal hack.Sebab nama blog ini blog WE JUST SHARE kan.So ape yang Ace dah belajar tu perlu lah Ace kongsi.hehe.

Ok Ace nak ajar korang macam mana nak hack dengan cara yang paling mudah.Korang hanya perlu ikut cara Ace buat dalam video ini.So tengok lah video ni.


video
Dork : inurl:"/filemanager/frameset.php

Bagi sesiapa yang tak faham dengan cara video.Anda boleh belajar secara bergambar My Cyb3r 4rmy <--- Klik.


TRY AND ERROR !

P/S : Sorry okey kalau Ayat aku semua tergabur.Aku tak pandai buat ayat.Hehe.

Credit juga untuk MY CYB3r 4RMY
Saturday, June 25, 2011

Trojan Di Mac OS


SophosLabs dilaporkan telah mengenal pasti pelbagai modifikasi dari darkComet terkenal Remote Access Trojan (RAT) terkenal yang muncul untuk menyerang komputer dengan sistem Mac OS X.

Walaupun blackhole RAT belum siap untuk penyebaran, Trojan jahat versi Mac OS X ini mampu menjadi penunjuk programmer peningkatan virus produk Apple, yang selama ini terkenal sangat ketat terhadap serangan virus.

Dilancarkan melalui TG Daily, Isnin (28/2/2011), Sophos Senior Security Advisor Chester Wisniewski, menjelaskan ini memiliki fungsi meliputi:

  • Menempatkan file teks pada desktop.
  • Mengarah shutdown, restart atau ‘Sleep’.
  • Menjalankan arahan shell secara mudah.
  • Membuatkan skrin penuh dengan mesej yang membuatkan korang untuk restart PC.
  • Mengirim URL kepada client untuk membuka 1 laman palsu iaitu bertujuan phising. (kira korang ni nanti jadi mangsa phising)

“Saya Trojan Horse, jadi saya telah menjangkiti komputer Mac Anda. Saya tahu, kebanyakan orang berfikir Mac tidak mungkin akan dijangkiti oleh virus. Tapi lihatlah, anda SUDAH dijangkiti!”. Itulah dia mesej yang keluar ketika Mac dijangkiti virus tersebut.

Sebagai peringatan Wisniewski, Trojan seperti blackhole RAT selalu diedarkan melalui download software & torrent.

Jepun Negara Komputer Tercepat Di Dunia


Jepun terus menjadi negara pengembang komputer paling cepat di dunia. Pengembangan super komputer terus bersaing. Kali ini gelaran super komputer paling pantas di dunia dipegang oleh Jepun yang bernama K Computer. Gelaran ini dilakukan oleh Top 500 Supercomputing List dalam sebuah persidangan di Hamburg, Jerman.

Japan K Computer dikatakan mampu memproses lebih dari 8 quadrillion per second (petaflop/s). Hasil ini mengalahkan pencapaian yang dilakukan oleh super computer Tianhe-1A yang sebelum ini mencatatkan kelajuan memproses sebanyak 2.6 petaflop/s.

K Computer telah dibangunkan oleh syarikat Fujitsu. Peranti yang ditempatkan di RIKEN Advanced Institute For Computational Science, Kobe, Japan itu dilengkapi lebih dari 80 ribu unit CPU yang masing-masingnya diperkuatkan lagi dengan 8 core.


Prestasi tersebut sekaligus membuatkan Jepun mengalahkan China yang mempunyai super computerTianhe-1A bertempat di National Supercomputing Center In Tianjin, China. Kali terakhir komputer buatan Jepun itu pernah meraih gelaran super computer di dunia pada tahun 2004 yang bernama NEC Earth Simulator.

Berikut adalah senarai super komputer yang paling pantas menurut Top 500 yang diambil dari Cnet, Senin (20/16/2011):

  • K Computer dengan kepantasan 8 petaflop/s, ditempatkan di RIKEN Advanced Institute For Computational Science, Kobe, Jepan.
  • Tianhe-1A, 2.6 petaflop/s, National Supercomputing Center di Tianjin, China.
  • Jaguar, 1.75 petaflop/s, Oak Ridge National Laboratory, AS.
  • Nebulae, 1.27 petaflop/s, National Supercomputing Center di Shenzen, China.
  • Tsubame, 1.19 petaflop/s, Tokyo Institute of Technology, Jepan.

Cara Mengira Resolution


Kali ni Reffles Ace nak tunjuk cara kira Resolution. Ini sesuai untuk para encoder yang nak upscale video. Contoh, dari 480p ke 720p. Kalau tersilap langkah pengiraan boleh menyebabkan video semakin kabur.

Ok kembali kepada panduan utama. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan resolution yang betul untuk menukar saiz video dengan mudah. Cuba tengok di bawah.

CONTOH #1

Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x960 & korang nak kecilkan kepada 576p:

1280 = 960
x = 576

Selepas itu cross multiply:

1280x576
= 737280

737280/960
= 768

x = 768

Result: 768x576

Untuk check:
1280/960 = 1.333
768/576 = 1.333
1.333 = 1.333

Jadi, korang punya resolution 576p adalah 768x576.

CONTOH #2

Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x720 & korang nak kecilkan kepada 400p:

1280 = 720
x = 400

Selepas itu cross multiply:

1280x400
= 512000

512000/720
= 711

x = 711

Result: 711x400

Untuk check:
1280/720 = 1.77
711x400 = 1.77
1.77 = 1.77

Jadi, korang punya resolution 400p adalah 711x400.

CONTOH #3

Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x720 & korang nak kecilkan kepada 480p:

1280 = 720
x = 480

Selepas itu cross multiply:

1280x480
= 614400

614400/720
= 853

x = 853

Result: 853x480

Untuk check:
1280/720 = 1.77
853/480 = 1.77
1.77 = 1.77

Jadi, korang punya resolution 480p adalah 853x480.

Thursday, June 23, 2011

RM 1.8 Juta Untuk Laman Facebook ?

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.


Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.


Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.

Wednesday, June 22, 2011

Orang paling tua meninggal

Maria Gomes Valentim

SAO PAULO: Seorang wanita Brazil disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia dilaporkan meninggal dunia semalam, beberapa minggu sebelum sambutan ulang tahun hari jadi beliau ke-115. Gelaran itu kini beralih kepada seorang wanita di Amerika Syarikat.

Maria Gomes Valentim mati berikutan masalah beberapa kegagalan organ, kata Helerson Lima seorang jurucakap rumah penjagaan di mana beliau tinggal. Valentim akan berusia 115 pada 9 Julai.
Guinness berkata, melalui laman webnya Valentim, wanita pertama Brazil memegang takhta itu meninggal dunia ketika berusia 114 tahun, 347 hari.

Pada 18 Mei, Guinness mendapati bahawa Valentim adalah 48 hari lebih tua daripada orang yang sebelum ini dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia, Besse Cooper dari Monre, Georgia.

“Dengan kematian Maria, takhta Orang Hidup Paling Tua diserahkan semula kepada Besse Cooper, berusia 114 tahun 299 hari,” kata Guinness.

Anak lelaki wanita Georgia itu, Sid Cooper berkata ibunya dalam keadaan baik di Monroe.

“Beliau mengalami kenaikan berat badan, berselera makan,” kata Sid Cooper. “Ingatan beliau masih baik,” katanya. “Beliau mengingati perkara dari masa lalu dan mengenali orang.”

Guinness mengesahkan Valentim dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, negeri timur laut Minas Gerais. Beliau tinggal di sana hampir seluruh hidupnya.

Bulan lalu, Guinness melalui laman webnya berkata, Valentim atau ‘Grandma Quita’ mengamalkan diet sihat, memakan sebuku roti setiap pagi bersama kopi, buah-buahan dan susu.

Sumber : Berita Harian

Jozan, Nabil pilihan Maharaja Lawak

Sengatan Sepah, Jambu boleh berbisa pada saat akhir malam esok

SIAPAKAH antara mereka bakal dinobatkan peserta paling kelakar di negara ini, sekali gus meraih wang tunai sebanyak RM300,000 sebagai ganjaran dalam program akhir Maharaja Lawak, malam esok.

Segala debaran terus memuncak apabila peserta akhir yang bertanding bukan terdiri daripada calang-calang pelawak, antara mereka pernah diangkat sebagai juara menerusi program Raja Lawak sejak 2007. Selain itu, ada peserta ini juga sudah terbabit di dalam beberapa produksi drama dan filem.
Daripada 12 peserta yang terpilih di peringkat awal, tiga kumpulan dan satu solo berjaya meneruskan cabaran di peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 10 malam. Siaran langsung boleh disaksikan menerusi saluran Astro Warna (132).


Mereka terdiri daripada tiga kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Sepah, manakala peserta solo terdiri daripada Nabil. Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan adalah peserta Raja Lawak musim pertama dan hanya menduduki tempat kedua dan ketiga.

Namun populariti mereka terserlah selepas dipertanggungjawabkan mengendalikan program itu untuk musim kedua hingga kelima.

Jambu yang terdiri daripada Yus adalah juara Raja Lawak musim pertama dan Tokey juga adalah finalis musim itu.

Trio yang menggelarkan diri mereka Sepah dan dianggotai Jap, Mamat dan Shuib dinobatkan juara Raja Lawak musim ketiga, manakala peserta solo, Nabil juara musim kedua.
Secara tidak langsung, program Maharaja lawak menghimpunkan juara bagi mencari siapa terhebat untuk dinobatkan sebagai Maharaja di kelompok komedi tanah air.
Sehingga minggu ke-12, Jozan masih lagi berada di kedudukan teratas, namun tidak bermakna kedudukan itu boleh kekal hingga ke peringkat akhir.

Banyak yang mengandaikan populariti Jozan yang sebelum ini pernah menjadi pengacara program Raja Lawak empat tahun berturut-turut menjadi faktor utama mereka disukai pengundi, sekali gus menjadi peminat mereka. Tidak terkecuali juga keserasian mereka yang mengendalikan program itu turut diiktiraf di dalam penganugerahan antarabangsa sebagai program realiti terbaik yang berlangsung di Singapura tahun lalu.

Namun jangan sesekali memandang ringan terhadap keupayaan kumpulan Jambu, mereka antara kumpulan yang konsisten sejak minggu pertama lagi. Walaupun pernah tersingkir pada minggu lalu bersama kumpulan R2, namun berjaya meraih simpati juri untuk menggunakan satu-satunya imuniti membawa mereka masuk kembali.

Walaupun komedi yang disampaikan agak ringan, namun penggunaan gerakan tubuh serta mimik muka mereka menambat hati penonton yang menganggap mereka adalah pelawak yang comel.

Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik, namun pengajaran yang berguna juga adalah kumpulan yang paling konsisten sejak menyertai Maharaja Lawak.

Setiap minggu mereka tidak pernah mengecewakan kesemua juri malah pujian demi pujian turut diberikan. Walaupun mereka sering menduduki tangga ketiga teratas setiap minggu, namun masih lagi gagal meraih undian daripada pengundi.

Jika kesemua peserta bernasib baik kerana mempunyai gandingan, namun satu-satunya peserta solo, Nabil juga tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Ada saja idea dan perkara baru yang cuba dipentaskan pada persembahannya setiap minggu.

Sebagai artis pelawak kedua yang pernah menggenggam trofi Artis Paling Popular 2009 di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Nabil mempunyai kekuatan yang luar biasa di saat-saat akhir.

Maharaja Lawak adalah rentetan daripada program Raja Lawak yang mula disiarkan sejak 2007, peserta yang bertanding di dalam Maharaja Lawak terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang pelawak kerana antara mereka pernah dinobat sebagai juara Raja Lawak mengikut musim.

Disebabkan program ini menghimpunkan mereka yang terbaik, justeru Maharaja Lawak hanya boleh diterbitkan untuk lima tahun sekali. Namun segala-galanya bakal berubah apabila dikhabarkan kesinambungan program ini, Mahaguru bakal diterbitkan dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian