Sunday, June 12, 2011

Tutorial Photoshop


Anda mesti pernah mengambil foto dan merasakan foto tersebut agak malap warnanya (dull). Terdapat berbagai cara di dalam Photoshop untuk menghidupkan warna foto tersebut. Mari kita lihat salah satu daripada caranya.

FOTO ASAL:



  • Foto asal adalah dipinjam daripada Facebook seorang kawan saya iaitu Afida Sohana Awang Soh. Dengan izin beliau, kita gunakan foto ini untuk tutorial kali ini.


FOTO HASIL:


  • Sila lihat perbezaan foto asal dengan foto hasil.


LANGKAH 1:

  • Buka fail foto_afida_asal.jpg di dalam Photoshop.
  • Pertama sekali saya akan sharpenkan sedikit foto ini. Klik menu Filter > Sharpen > Sharpen.
  • Kemudian, duplicatekan layer 'background' dan tukarkan blend mode daripada Normal kepada Soft Light.


LANGKAH 2:

  • Seterusnya, duplicate pula layer yang telah ditukarkan kepada Soft Light tadi.
  • Kali ini, applykan filter Gaussian Blur. Klik menu Filter > Blur > Gaussian Blur (setkan radius 10 pixels).
  • Kemudian, tukarkan pula blend mode daripada Soft Light kepada Overlay dengan Opacity 20%.


LANGKAH 3:

  • Seterusnya, duplicate lagi. Kali ini, layer yang baru ditukarkan kepada Overlay tadi.
  • Dan, tukarkan blend mode daripada Overlay kepada Color Dodge dengan Opacity 10%.
  • Siap!


KALAU PERLU:




  • Jika setelah melakukan tiga langkah di atas foto anda masih lagi kurang menarik. And mungkin perlu membuat sedikit adjusment menggunakan Curve di atas layer background.
  • Pilih layer background. Dan, klik pada ikon Create New Adjustment Layer > Curve.


PERBANDINGAN:





Selamat mencuba!

0 comments: